27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kumpulan berpengaruh cuba lobi cukai lebih rendah – Penganalisis

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LANGKAH kerajaan untuk melaksanakan kadar Cukai Perkhidmatan berbeza pada enam dan lapan peratus memungkinkan wujudnya kumpulan berpengaruh yang cuba melobi untuk mendapatkan kadar cukai yang lebih rendah.

Pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Anna Azriati Che Azmi berkata, kepentingan kewangan yang besar menjadikan mereka bertekad memastikan kadar cukai mereka rendah. 

“Kenaikan terkini dalam kadar Cukai Perkhidmatan dengan pengecualian untuk beberapa industri tertentu adalah isu yang kontroversi. 

“Kumpulan ini akan berusaha untuk melobi dengan luas, menggunakan sumber mereka untuk mempengaruhi pembuat dasar agar kadar Cukai Perkhidmatan yang rendah dapat dinikmati mereka.

“Hasil negara tidak mungkin akan mengalami peningkatan yang baik. Kumpulan berpengaruh akan melobi agar industri mereka tidak menerima kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan ini,” katanya kepada Edisi 9, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 berkata, kerajaan bercadang menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada lapan peratus, berbanding enam peratus.

Advertisements

Untuk tidak membebankan rakyat, peningkatan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Sementara itu, Anna Azriati berkata, walaupun pengecualian diberikan ke atas industri makanan, minuman dan telekomunikasi namun ia boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara.

“Ini kerana golongan berpendapatan tinggi dan rendah membeli makanan, minuman dan telekomunikasi seringkali dalam kuantiti yang berbeza. 

“Kedua-dua golongan ini mendapat impak daripada kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan. Golongan berpendapatan rendah mungkin akan merasai impak ini lebih kerana sumber pendapatan terhad,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sistem cukai barang dan perkhidmatan yang mempunyai satu kadar cukai sahaja merupakan sistem yang ideal. 

“Ini memastikan pengguna tidak mempunyai insentif kewangan untuk beralih penggunaan mereka kepada barang dan perkhidmatan dengan kadar cukai yang lebih rendah, kerana ini mungkin tidak sepadan dengan kehendak mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan