NAMANYA tidak asing lagi di dalam industri hiburan. Selain berlakon Yana Samsudin juga aktif sebagai pengarah, penulis skrip dan penyanyi.
Tidak hanya dalam industri seni, pelakon berusia 39 tahun ini sangat aktif dalam dunia streamer atau penstriman permainan video atas talian sejak empat tahun lalu.
Tidak pernah jemu meneroka bidang baharu, Yana yang juga seorang usahawan kini tampil dengan produk terbaharunya, minuman susu oat Bagoos.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Yana memilih untuk mengeluarkan produk minuman yang sudah tentu berbeza dengan cabang perniagaan yang dimiliki iaitu Ayana Hijab, label tudung jenama sendiri yang dimilikinya sejak lapan tahun lalu.
Yana berkata, segalanya bermula apabila dia mula memikirkan tentang gaya hidup yang lebih baik, apatah lagi ketika usia semakin meningkat dan dalam masa sama boleh dimanfaatkan seisi keluarga termasuk anak-anak.
“Sebagai seorang isteri dan ibu, sudah tentu saya mahukan yang terbaik buat keluarga. Salah satu caranya ialah dengan menjaga pengambilan makanan mereka seperti makan berkhasiat, makan mengikut waktu, dan cepat untuk disediakan.
“Tetapi saya sedar kadang kala kekangan masa itu membataskan dan saya percaya ibu di luar sana turut melalui pengalaman sama.
“Saya terfikir, mengapa tidak saya hasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada keluarga dan peminat saya.
“Saya tahu kesihatan itu lebih mahal dari segalanya. Jadi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat adalah pilihan tepat,” katanya.
Mengakui dirinya seorang yang cerewet, Yana berkata, dalam pemilihan makanan atau apa sahaja yang masuk ke dalam perutnya, dia akan meneliti satu-satu kerana dialah yang menyiapkan hidangan untuk keluarga.
“Contohnya, kalau orang lain nampak makanan itu adalah makanan, tapi saya nampak makanan itu seperti sains makanan, saya akan mengira portion seperti serat, protein dan karbohidrat serta jumlah kandungan kalori yang saya ambil.
“Begitu juga jika menghidangkan makanan untuk keluarga saya. Secara ringkasnya saya fikir, mengapa tidak saya kongsikan dengan semua apa yang menjadi amalan saya dan keluarga selama ini.
“Sebelum ini pun ketika saya keluarkan jenama tudung sendiri, saya pakai dahulu baru saya hasilkan dan pasarkan. Samalah juga dengan minuman susu oat Bagoos ini.
“Apabila saya keluarkan produk minuman ini, bermakna saya sendiri sudah mencubanya dan semestinya ia bagus untuk seisi keluarga saya. Bukan sahaja berkhasiat, ia juga lazat dan menambah tenaga,” katanya.
Ibu kepada anak dua ini berkata, dia sedar keputusan diambil untuk mengeluarkan produk minuman oat ini sangat berisiko kerana ia bukanlah makanan ruji masyarakat Malaysia yang sudah terbiasa dengan nasi lemak, roti canai, teh tarik terutama ketika bersarapan di waktu pagi.
“Di sinilah cabarannya, kalau di Eropah minuman oat memang sangat popular sangat berbeza dengan orang di sini. Jadi, saya perlu educate mereka untuk memulakan hari dengan sesuatu yang lebih berkhasiat.
“Saya tidak kata kita perlu tinggalkan nasi atau apa sudah menjadi kebiasaan, tetapi tidak salah jika kita tukar kepada produk ini yang lengkap nutrisinya.
“Sekurang-kurangnya ibu selepas ini tak pening dah nak sediakan sarapan kerana oat ini mudah disediakan dan mengenyangkan,” katanya yang melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk selama hampir setahun.
Minuman susu oat Bagoos adalah produk minuman tanpa tenusu dan krimer serta sangat bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat.
Terdapat pilihan perisa enak antaranya oatmilk drink chocolate, oat drink dates, oatmilk drink with oat dan chia seed.
Dalam pada itu Yana berkata, dia ingin membantu wanita di Malaysia untuk menjana pendapatan melalui dropship dan agen produk.
Agen boleh menjana pendapatan sampingan dari RM500 ke RM5000 sebulan.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang
“Buat masa ini saya tak akan keluarkan di mana-mana pasaraya. Walaupun sudah ada beberapa tawaran untuk produk ini dipasarkan dalam beberapa pasaraya besar di Malaysia.
“Saya juga merancang untuk membawa produk ini ke pasaran luar negara. Selain menghantar sample-sample ke hospital dan farmasi untuk tujuan pemasaran,” katanya. -Edisi 9