27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Achey akui tawaran kurang sejak Abam tiada

Mesti Baca

SINONIM bersama Kumpulan pelawak Bocey, Achey mengakui sejak ketiadaan Abam tiga tahun lalu, tawaran daripada stesen TV untuk kumpulan itu semakin berkurangan.

Achey berkata, mereka semakin jarang muncul di program televisyen disebabkan tiada tawaran daripada pihak stesen TV.

“Saya tidak tahu kenapa perkara ini berlaku, saya sentiasa positif dan tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.

“Mungkin mereka anggap sejak Abam tiada kumpulan ini sudah tidak lengkap.

“Tidak dinafikan sejak Abam meninggal dunia, saya dan Fad kurang mendapat panggilan atau tawaran yang besar untuk kami berada dalam program lawak di televisyen.

“Mungkin pada pandangan pihak produksi, Bocey sudah tidak lengkap tanpa tiga ahli asal,” katanya.

Achey berkata, kadang kala dia sering membincangkan perkara ini dengan Fad namun sehingga kini mereka masih tidak faham kenapa situasi ini berlaku.

Advertisements

“Apa pun yang berlaku sekarang ini, kita hadap saja dan teruskan bawa nama Bocey. Kalau mahu cari pengganti nanti sudah tidak jadi Bocey.

“Meskipun kini berdua, kita jalan sajalah. Kami harus optimis dan mencuba yang terbaik untuk mengekalkan jenama Bocey ini.

“Pada saya ia bukanlah satu hukuman tetapi lebih kepada ujian buat Bocey. Ujian untuk kami sama ada kuat atau tidak untuk meneruskan karier kami,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Event Legacy Rider 2.0, yang diadakan baru-baru ini.

Achey berkata, pernah melalui jerih perih ketika hendak menaikkan nama Bocey, kini masalah yang sama bukanlah isu besar untuk mereka mempertahankan jenama Bocey.

Dalam pada itu, berkongsi tentang program Event Legacy Rider 2.0, Achey berkata, dia dan ramai selebriti lain antaranya Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad dan Tajul akan terbabit dalam program yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Oktober ini di KL Base, Kuala Lumpur.

Event Legacy Rider 2.0 adalah program yang menghimpunkan belia yang terbabit dengan sukan permotoran dalam sebuah program santai dan turut menampilkan selebriti tempatan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan