32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kapal dari Panama ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kapal dari Panama ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman kerana disyaki cuba berlabuh tanpa kebenaran, Jumaat lalu.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, kapal tersebut ditahan kira-kira pukul 4.45 petang di kedudukan 2.5 batu nautika dari Kuala Kemaman, Terengganu.

Menurut beliau, kapal berkenaan membawa 20 penumpang termasuk kru warga tempatan dan nahkoda warganegara Mexico.

“Pemeriksaan mendapati kesemua kru termasuk nahkoda kapal yang berusia antara 20 hingga 52 tahun memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisements

“Kesemua mereka dibawa ke pejabat Maritim Zon Kemaman untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rashidilhadi berkata, kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

“Maritim Malaysia akan terus mempertingkat kawalan dan rondaan di perairan negeri bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara serta negara terjamin,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan