28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Karnival PSH Komuniti Madani terima pengiktirafan MBOR

Mesti Baca

KARNIVAL Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti Madani Tahun 2023 anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menerima pengiktirafan The Largest Participation Life-Long Learning Program Simutaneously daripada The Malaysian Book of Records (MBOR) dengan penyertaan seramai 14,545 orang.

Sijil pengiktirafan telah diserahkan oleh wakil MBOR, Siti Hajar Johor kepada Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK, Ts Zainab Othman semasa Majlis Perasmian Penutup Karnival PSH Komuniti Madani Tahun 2023, semalam.

Zainab berkata, untuk memperoleh sesuatu pengiktirafan daripada mana-mana pihak bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan perancangan mantap dan komitmen tinggi serta kerjasama daripada semua pihak.

“Alhamdulillah dan tahniah kepada seluruh warga daripada 105 buah Kolej Komuniti yang telah mendapat pengiktirafan MBOR ini kerana telah melepasi daripada sasaran awal iaitu 10,000 orang peserta dengan membabitkan sebanyak 542 kursus pendek.

“Pengiktirafan MBOR ini akan memberikan lagi kekuatan dan inspirasi kepada warga Kolej Komuniti untuk merancang dan menyediakan lagi latihan yang berimpak tinggi dan sesuai dengan kehendak komuniti dan keadaan semasa pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata, dengan penganjuran karnival seumpama ini diharap memberi kepercayaan bahawa kewujudan Kolej Komuniti serata Malaysia adalah amat diperlukan untuk memberikan program-program dan latihan kemahiran tanpa mengira lapisan masyarakat dan peringkat umur.

“Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024 juga telah memperuntukan sejumlah RM5 juta untuk menggalakkan komuniti rentan seperti OKU, Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas khasnya untuk mengikuti PSH di Kolej Komuniti,” katanya.

Kursus pendek yang berjalan selama sehari itu ditawarkan kepada orang ramai secara percuma meliputi pelbagai bidang seperti katering dan sajian; komputer dan teknologi maklumat; perniagaan dan keusahawanan; kecantikan dan dandanan serta banyak lagi dan dikendalikan serta dipecahkan kepada 10 zon.

Antaranya  Zon Perak – 13 buah Kolej Komuniti (KK), Zon Perlis dan Kedah – 10 KK induk bersama dua (2) cawangan, Zon Pulau Pinang – enam (6) KK, Zon Selangor dan Kuala Lumpur – 10 KK, Zon Negeri Sembilan dan Melaka – 11 KK, Zon Johor – 13 KK termasuk KK Satelit Pontian, Zon Pahang – 11 KK termasuk KK Paya Besar Cawangan Maran, Zon Kelantan dan Terengganu – enam (6) KK, Zon Sabah – lapan (8) KK dan Zon Sarawak – tujuh (7) KK termasuk KK Sarikei Cawangan Sibu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan