32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Izara Aishah selamat bersalin anak perempuan kedua

Mesti Baca

PELAKON cantik, Izara Aishah selamat melahirkan cahaya mata keduanya seorang perempuan, semalam.

Perkara itu dikongsi oleh Izara dengan memuat naik sebuah video di Instagram miliknya.

Menerusi video berkenaan kelihatan suaminya, Adib Khalid memangku bayi kedua mereka itu bersama anak sulungnya, Irisa Alaia.

Advertisements

Terdahulu, Izara mengejutkan ramai pihak apabila membuat kenyataan dia sedang hamil dan dijangka bersalin pada penghujung September atau awal Oktober.

Izara juga mengakui dia mendapat tahu beliau sedang hamil ketika kandungan berusia empat bulan.

Izara dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 3 tahun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan