Wednesday, July 22, 2026

Karnival Kebolehpasaran MBPK rekod penyertaan terbesar MBOR

Ini susulan karnival anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai tuan rumah, berjaya mencatatkan penyertaan seramai 5,489 murid.

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KARNIVAL Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Johor Bahru pada 26 hingga 28 September lalu mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai karnival terbesar seumpama itu.

Ini susulan karnival anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai tuan rumah, berjaya mencatatkan penyertaan seramai 5,489 murid.

Jumlah penyertaan itu sekali gus memecahkan rekod sebagai karnival terbesar melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dalam satu acara.

Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru KPM, Rohayati Abd Hamed berkata, kejayaan itu bukan sekadar pencapaian angka tetapi juga satu simbol sokongan, penghargaan dan keterangkuman terhadap murid berkeperluan pendidikan khas.

“Ini adalah bukti bahawa dengan sokongan yang padu daripada semua pihak iaitu guru, ibu bapa, komuniti dan kerajaan, sudah pasti murid berkeperluan pendidikan khas mampu menyerlah dan diberi ruang yang besar untuk memberi manfaat dalam arus masyarakat,” katanya semasa majlis penutupan karnival tersebut.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Hanafi Samad dan wakil MBOR, Siti Hajar Johor.

Karnival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan artis tanah air, pertandingan peringkat kebangsaan, pameran hasil karya kreatif, program komuniti, pameran inovasi, jualan produk sekolah serta reruai interaktif daripada agensi dan pertubuhan yang menyokong pendidikan khas.

Sementara itu Mohd Hanafi berkata, penglibatan aktif MBPK dari pelbagai negeri dalam acara tersebut menandakan komitmen negara dalam menyemai nilai inklusiviti dan menghargai kebolehan individu tanpa mengira latar belakang atau keupayaan.

“Kejayaan penganjuran program ini adalah bukti komited dalam melestarikan budaya cemerlang pendidikan dalam menerajui kebolehpasaran MBPK,”katanya. – Oleh ROZAK HADI/Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan