28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Kegilaan Israel harus dihentikan segera – Ismail Sabri

Mesti Baca

SELURUH dunia perlu mengambil tindakan tegas terhadap Israel yang telah hilang perikemanusiaan apabila mengebom Hospital Al-Ahli al-Arab di tengah Gaza sehingga menyebabkan 500 orang terbunuh.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara-negara barat khususnya Amerika Syarikat juga perlu bertanggungjawab terhadap kegilaan rejim apartheid Zionis membunuh nyawa insan yang tidak berdosa.

Ini kerana, menurut beliau, negara kuasa besar itu sentiasa berada di belakang Israel untuk bertindak ke atas rakyat Palestin.

“Tindakan tidak berperikemanusian rejim apartheid Zionis ini harus dihentikan segera bagi mengelakkan tragedi yang lebih buruk dalam sejarah dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Ahli Parlimen Bera itu berkata, negara-negara Islam perlu bersatu dan mengambil tindakan yang lebih tegas dalam membela serta mempertahankan rakyat Palestin yang sedang dibunuh secara beramai-ramai.

“Harus ditegaskan sekali lagi, konflik yang berlaku ini adalah berpunca daripada sejarah panjang bagaimana Israel secara sistematik menzalimi,
membunuh dan merampas tanah rakyat Palestin,” katanya.

Pada masa yang sama beliau mendoakan agar saudara Islam di Palestin khususnya di Gaza sentiasa di lindungi oleh Allah SWT dan terus berjuang untuk mempertahankan tanah air sendiri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan