26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

KPDN anjur Kempen Beli Barangan Malaysia Mega 2025

Mesti Baca

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Mega pada 2025.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata KBBM Mega akan mengumpulkan penggerak industri yang mengeluarkan semua kategori Barangan Malaysia, Barang Buatan Malaysia, jenama Malaysia dan Perkhidmatan Malaysia di bawah satu bumbung.

Katanya, KBBM Mega akan menampilkan aktiviti pameran, pertunjukan fesyen, showcasing, demonstrasi makanan dan minuman.

Selain itu lukisan batik dan ukiran kraftangan, ujian tahan lasak kenderaan penjualan dan pemadanan perniagaan terutama dengan bakal pengimport dari luar negara.

“KBBM Mega akan diadakan sekali setiap dua tahun sama seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), iaitu pada tahun MAHA tidak dilaksanakan.

“Kita cadangkan 2025 memandangkan MAHA akan dianjurkan pada 2024.

“Ini membolehkan KPDN melaksanakan dengan lebih besar, teratur dan berimpak tinggi serta memberi ruang untuk memasukkan KBBM Mega dalam Belanjawan 2025 dan mengatur strategi pengumpulan dana serta penajaan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN- Hulu Terengganu) mengenai perkembangan terkini perancangan mengadakan KBBM secara mega sebagai usaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terutama dalam situasi perniagaan berdepan cabaran kemelesetan ekonomi.

Fuziah berkata, legasi KBBM diteruskan tahun ini dengan mengembangkan kerjasama strategik melalui penyertaan rakan strategik selain pembabitan lebih ramai PMKS.

Katanya, kempen akan diteruskan bagi membantu usahawan mengembang dan memperluaskan pasaran produk keluaran ke peringkat lebih meluas.

“Selain itu, KPDN akan terus membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada pemain industri PMKS supaya sentiasa menitik beratkan soal kualiti, penggunaan teknologi digital dalam mengurangkan kos, pembungkusan dan pemasaran supaya produk dihasilkan lebih berdaya saing,” katanya.

Katanya, KBBM tahun ini akan dilaksanakan melalui enam inisiatif utama antaranya pelan media bersasar, karnival barangan Malaysia dan jualan bertema KBBM berdasarkan segmen khusus.

“Siri Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia juga akan dilaksanakan di lima lokasi iaitu Zon Utara iaitu di Kedah, Zon Selatan di Johor, Zon Pantai Timur di Pahang, Zon Sabah dan Zon Sarawak.

“Ia bagi memartabatkan barangan tempatan dan memperkenalkan produk tempatan terutama bagi PMKS yang baru mula bertapak di dalam pasaran,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan