Wednesday, July 22, 2026

466 anak yatim Covid-19 terima bantuan sekolah YKM

Mereka yang terdiri daripada pelajar berusia enam hingga 17 tahun itu menerima bantuan sebanyak RM300 seorang - Ismail Sabri

Mesti Baca

SERAMAI 466 pelajar terdiri daripada anak-anak yatim dan yatim piatu yang kehilangan orang tersayang akibat Covid-19 menerima bantuan persekolahanan daripada Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terdiri daripada pelajar berusia enam hingga 17 tahun itu menerima bantuan sebanyak RM300 seorang.

Beliau yang juga Perdana Menteri Kesembilan berkata, sokongan kewangan itu membantu menampung keperluan asas persekolahan seperti pakaian seragam, buku, alat tulis dan kos berkaitan pembelajaran.

Menurutnya, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan YKM untuk memastikan kebajikan dan masa depan pendidikan anak-anak yang terkesan oleh pandemik terus terpelihara.

“Saya ingin menegaskan bahawa pendidikan adalah teras utama perjuangan yayasan ini.

“Bermula tahun ini juga semua anak-anak YKM yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mendapat tuisyen secara dalam talian percuma dan kita akan memantau prestasi akademik mereka dari semasa ke semasa.

“Melalui sokongan kewangan, bimbingan dan program pembangunan, YKM berusaha memastikan anak-anak ini tidak tercicir daripada mendapatkan pendidikan yang terbaik bagi mengubah hidup mereka,” kata beliau hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak-anak yang kehilangan ibu, bapa atau kedua-duanya akibat pandemik Covid-19 supaya menghubungi YKM untuk pendaftaran dan penilaian bantuan.

“Tiada anak yang seharusnya tercicir hanya kerana tragedi yang berlaku di luar kawalan mereka,” katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web https://yayasankeluargamalaysia.org.my atau talian 0115342100. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan