24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Ustaz Kazim dedah tiada tauliah ceramah di Selangor

Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDAKWAH bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk berceramah di Selangor.

Bagaimanpun, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, setakat ini dia hanya mempunyai tauliah di dua negeri serta satu tauliah khas daripada negeri lain.

“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.

“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.

“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Ustaz Kazim turut memberitahu beliau mempunyai dua program ceramah baharu di negeri terbabit namun disebabkan tidak mempunyai tauliah, terpaksa menolak dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.

Advertisements

“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.

“Anda (orang ramai) boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, tiada ‘laluan istimewa’ atau pengecualian kepada penceramah yang berhasrat menyampaikan ceramah agama Islam di Selangor meskipun mereka dalam kalangan individu berpengaruh, popular atau dikenali umum.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata semua penceramah perlu melalui beberapa proses membabitkan ujian bertulis, temu duga, tapisan undang-undang sebelum dibawa ke Jawatankuasa Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Abdul Aziz berkata, sehingga tahun lalu seramai 5,642 penceramah mendapat tauliah mengajar agama Islam di Selangor.

“Tempoh masa bagi tauliah yang dipohon itu adalah tiga tahun dan semua penceramah boleh memohon secara dalam talian,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan