Wednesday, July 22, 2026

PRU15: Ustaz Kazim Elias tarik diri daripada bertanding

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIDAK sampai 24 jam pengumuman bakal calon Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam, sudah ada calon yang mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias dilaporkan telah menarik diri daripada bertanding mewakili BN di Parlimen Larut.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Pengumuman Calon Barisan Nasional, hari ini.

Saarani berkata, Mohd Kazim digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

“Mohd Shafiq menggantikan Mohd Kazim yang membuat keputusan menarik diri,” katanya memetik laporan BH Online.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan