Thursday, June 4, 2026

PRU15 : KJ akui berdepan cabaran besar di Sungai Buloh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui berhadapan dengan cabaran yang besar dalam usaha memenangi kerusi parlimen berkenaan yang bakal ditandinginya.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan itu berkata, beliau akan buat yang terbaik untuk berjumpa dan menyakinkan seramai mungkin pengundi Sungai Buloh untuk memberi peluang kepadanya.

“Alhamdulillah saya telah diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi P.107 Sungai Buloh.

“Walaupun cabaran besar, saya akan buat yang terbaik,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Khairy yang tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Rembau, diumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh oleh kepimpinan parti, malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Sungai Buloh dimenangi R Sivarasa mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti besar iaitu 26,634 undi.

Pada PRU15 ini, Khairy bakal berdepan Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R Ramanan yang mewakili PH, manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Mohd Ghazali Md Hamin dari PAS. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan