32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

AirAsia X terbang semula ke Melbourne

Sasar tingkatkan kapasiti di Australia, NZ pada Q1 2023.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AIRASIA X (AAX) hari ini meraikan penyambungan semula perkhidmatannya ke Melbourne, Australia yang merupakan salah satu destinasi utamanya selepas pandemik.

Penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Melbourne mendarat pada jam 6.25 pagi dan berlepas dari Melbourne pada 7.40 pagi.

Dengan muatan penumpang yang menggalakkan pada kedua-dua penerbangan, perkhidmatan baharu ini menandakan pemulihan permintaan untuk perjalanan udara jarak sederhana tambang rendah, seterusnya merangsang sektor pelancongan Australia dan Malaysia.

Sambutan penerbangan sulung dan penyambungan operasi AirAsia X di Lapangan Terbang Melbourne diumumkan hari ini oleh Pengerusi AirAsia X, Tunku Datuk Mahmood Fawzy; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Melbourne Airport, Lorie Argus dan Ketua Pegawai Eksekutif Visit Victoria, Brendan McClements.

Berdasarkan rekod, Pra-pandemik, AAX menyumbang 45 peratus bahagian pasaran untuk penerbangan antara Australia dan Malaysia dan mengendalikan sehingga 92 penerbangan seminggu ke empat destinasi.

Selepas menyambung semula perkhidmatan ke Sydney baru-baru ini dan dengan penyambungan semula perkhidmatan ke Melbourne dan Perth pada minggu ini, AAX akan mengendalikan 24 penerbangan mingguan ke tiga destinasi utama di Australia.

AAX juga merancang untuk memulihkan lebih 50 peratus kekerapan penerbangannya berbanding pra-pandemik ke Australia menjelang suku ketiga 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail, berkata, Australia merupakan destinasi pertama kami yang dilancarkan pada bulan November 2007.

“Ia sentiasa menjadi salah satu destinasi utama kami dan terbukti mempunyai permintaan kukuh untuk perjalanan dua hala.

“Baru-baru ini kami telah menyambung semula perkhidmatan ke Sydney yang terbukti popular. Justeru, kami berbesar hati untuk kembali ke Melbourne yang merupakan salah satu pasaran utama kami, selain dua lagi perkhidmatan yang akan bermula pada minggu ini iaitu Perth dan Auckland, berikutan permintaan tinggi, “katanya.

Jelas beliau, sehingga bulan Mac 2020, pihaknya telah membawa lebih 12.7 juta tetamu antara Malaysia dan Australia dengan hampir empat juta tetamu ke Melbourne sahaja.

“Kami juga berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan pihak lapangan terbang dan pemain industri untuk memberi menyumbang ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Melbourne pada setiap bulan.

“Dengan pengumuman ini, pengembara di seluruh Asia akan mendapat lebih nilai dan pilihan dengan akses mudah dan berpatutan ke Australia.

“Pada masa yang sama, pengembara dari Australia akan mempunyai akses kepada lebih 130 destinasi AirAsia ke destinasi popular dalam rangkaian penerbangan jarak dekat dan jarak sederhana kami seperti Thailand, Vietnam, India, Indonesia, Korea, Jepun dan banyak lagi.

“Komitmen kami kepada para tetamu di Asia Pasifik tidak berakhir di sini, kerana kami turut meraikan penyambungan semula perkhidmatan dari Sydney ke Auckland dan Kuala Lumpur ke Perth bermula minggu ini.

“Kami juga telah melihat tempahan masa hadapan yang memberangsangkan untuk semua laluan ke dan dari Australia serta New Zealand,”katanya.

Kata beliau, pihaknya akan meneruskan fokus untuk memanfaatkan momentum positif ini dengan menambah lebih banyak perkhidmatan dan kekerapan sejajar dengan permintaan pada masa hadapan.

Penyambungan semula perkhidmatan ke Melbourne yang mempunyai aliran trafik yang seimbang, membolehkan AAX menambah lebih banyak perkhidmatan untuk memenuhi permintaan yang kukuh untuk perjalanan jarak sederhana tambang rendah.

Selain itu, AAX juga akan memanfaatkan operasinya di hab kargo domestik Australia termasuk di Melbourne, sebagai aliran pendapatan tambahan. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan