26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

AirAsia X tambah penerbangan ke Busan menjelang akhir tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AIRASIA X Bhd (AAX), syarikat penerbangan gabungan jarak sederhana AirAsia Aviation Group, merancang untuk mengadakan tujuh penerbangan ke Busan setiap minggu menjelang akhir tahun bagi mengukuhkan kedudukannya di Korea Selatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, syarikat penerbangan tersebut yang memulakan semula operasinya di bandar pelabuhan terbesar di negara itu hari ini, kini mengendalikan tiga penerbangan secara terus setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Busan.

“Busan memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan baharu dan mengukuhkan AAX sebagai peneraju pasaran di Asia Utara melalui tambang bernilai terbaik serta memacu persaingan yang lebih hebat dalam pasaran sejak memulakan laluan itu pada 2013.

“Oleh itu, kami menyasarkan untuk membawa lebih 200,000 tetamu ke dan dari Busan, ia jauh lebih baik daripada tahap prapandemik pada 2019 sejurus pembukaan semula sempadan antarabangsa,” katanya.

Baca juga:   KP Jakim meninggal dunia

Beliau berkata demikian sempena penyambungan semula penerbangan AAX ke Busan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae hari ini.

Penerbangan sulung tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 2:10 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae pada 9:00 pagi.

Tambah Benjamin, kami akan terus mencari peluang pengembangan pada masa hadapan dan bekerjasama dengan Pertubuhan Pelancongan Busan (BTO) untuk mempromosikan destinasi itu secara global dan menggiatkan industri pelancongan di Busan.

Baca juga:   Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian lelaki

Busan ialah laluan AirAsia X kedua ke Korea Selatan selepas melancarkan penerbangan ke Seoul pada April tahun lalu.

Benyamin yakin laluan syarikat penerbangan tambang rendah ke Busan itu akan dapat mencapai tahap 85 peratus faktor muatan untuk suku pertama tahun ini.

Memandangkan permintaan perjalanan meningkat semula, beliau berkata beberapa destinasi baharu akan diperkenalkan, khususnya melibatkan rantau Asia Utara, termasuk bandar-bandar utama di China, Korea Selatan dan Jepun. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan