26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor

Fatwa berkenaan hanya melarang umat Islam terlibat atau mengambil bahagian dalam sebarang upacara ritual bukan Islam.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor bertitah, fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berkenaan garis panduan umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, fatwa berkenaan yang diumumkan pada Khamis tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.

“Fatwa berkenaan hanya melarang umat Islam terlibat atau mengambil bahagian dalam sebarang upacara ritual bukan Islam. Ini adalah garis panduan untuk umat Islam, mereka masih boleh hadir majlis dan perayaan agama lain.

“Agama lain juga mesti menghormati sensitiviti umat Islam. Ini bersifat dua hala. Kita mesti sensitif terhadap perintah dan larangan agama masing-masing untuk hidup bersama-sama,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Baca juga:   Tidak perlu melampau dalam berkempen, keluar fatwa

Baginda bertitah, semua agama menekankan nilai-nilai murni seperti belas kasihan, hormat-menghormati, toleransi, kesederhanaan serta kebaikan dan rakyat Malaysia harus memberi tumpuan kepada nilai-nilai kebersamaan itu dan bukannya perbezaan kaum atau agama.

“Saya harap dengan penjelasan ini, kita dapat menghentikan sebarang kekeliruan mengenai fatwa baharu ini kerana ia hanya menjelaskan perkara yang dibenarkan kepada umat Islam dan dilarang dalam Islam.

“Jika kamu masih keliru, sila berjumpa Mufti Negeri Johor untuk penjelasan lanjut,” titah Sultan Johor lagi.

Pada Khamis, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid mengumumkan fatwa berkenaan yang bermula minggu depan.

Baca juga:   Layak tuntut pampasan jika kesan sampingan vaksin serius

Menurut Mohd Fared, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam tetapi namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan