26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

DBKL angkut 11 motosikal halang laluan pejalan kaki di Kg Baru

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Tindakan Khas Angkut Kenderaan (Motosikal) di sekitar laluan pejalan kaki sekitar Jalan Hassan Salleh, Stesen LRT Kampung Baru, Kuala Lumpur tengahari tadi.

Menerusi perkongsian beberapa halaman media sosial yang tular semalam berkaitan terdapat beberapa buah motosikal yang diletakkan di laluan berbumbung pejalan kaki yang mengakibatkan kesukaran orang awam, pelancong serta orang kelainan upaya (OKU) untuk menggunakan laluan pejalan kaki tersebut.

“Berdasarkan perkara tersebut, sepasukan pegawai dan penguatkuasa DBKL telah hadir meninjau lokasi berkenaan lewat petang semalam dan telah merancang bagi mengadakan tindakan penguatkuasaan menyita dan mengalihkan motosikal yang diletakkan di sepanjang laluan pejalan kaki.

“Sejumlah 11 buah motosikal telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompauan dan penyimpanan sementara.

Baca juga:   Serbuan di Plaza Sungei Wang, 11 premis warga asing disita

“Tindakan diambil menerusi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,”kata DBKL di sini.

DBKL berkata, mengikut statistik bagi Januari hingga Februari 2023, sejumlah 38 buah motosikal telah dibuat tindakan angkut di sekitar kawasan tumpuan (hotspot) pusat bandar melibatkan halangan tempat awam dan laluan OKU.

“Sehubungan dengan itu, lengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal diingatkan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa dan memastikan kenderaan (motosikal atau kereta) diletakkan ditempat sepatutnya tanpa menghalang dan menggangu pejalan kaki atau kelancaran lalulintas,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Pelajar antara 2 maut motosikal bertembung sesama sendiri

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan