26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Polis sudah kenal pasti lelaki campak botol arak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sudah mengenal pasti identiti lelaki yang sengaja membaling botol arak dari tingkat atas sebuah premis kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi telah mengenal pasti individu terlibat dan tindakan pengesanan sedang dijalankan.

“Sehubungan itu, kerjasama dari orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Penelitian mendapati, perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, satu rakaman video tular yang berdurasi 43 saat menunjukkan tindakan tidak bertangungjawab daripada seorang lelaki telah dimuat naik pengguna TikTok @syrupboy1.

Rakaman video itu memaparkan, tindakan seorang lelaki yang mengenakan pakaian baju kelabu telah membaling sebuah botol arak ke arah jalan raya yang sesak.

Baca juga:   Anwar bagus tetapi dikelilingi orang jahil – Shahidan

Video berkenaan menjadi tular serta mengundang pelbagai reaksi warganet dengan mengatakan tindakan lelaki itu biadap serta berbahaya kepada orang awam.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan