26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Peruntukan Ahli Parlimen dikurangkan – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen akan dikurangkan tahun ini sebagai langkah mengawal kewangan negara.

Anwar berkata, peruntukan itu akan diselaraskan dengan pejabat daerah dan pegawai kemajuan negeri dan disalurkan secara berperingkat dan mengikut keperluan.

Menurutnya, ia termasuk untuk projek yang mendesak seperti pembaikan jalan yang rosak dan mendalamkan sungai.

“Peruntukan pembangunan akan diberi secara berperingkat ekoran kekangan ekonomi. Ada permohonan untuk melihat semula perkara ini, tetapi untuk projek yang mendesak, surau rosak, jalan atau beberapa isu seperti mengorek sungai dan hal yang penting, kita boleh pertimbangkan,” katanya.

Anwar berkata ketika ditemui pemberita selepas beliau meluangkan masa untuk makan tengah hari di Warung Pak Salleh, Kampung Baru Sirusa, di Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, jumlah peruntukan itu akan dinilai semula apabila keadaan ekonomi dan kewangan negara bertambah baik pada masa akan datang.

Baca juga:   Misi kemanusian bantuan banjir JIM ke Kelantan, Terengganu

Sebelum ini, media melaporkan, sumber berkata, peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen penyokong kerajaan (back-bencher) untuk tahun ini dikurangkan lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan itu diambil berikutan beliau sangat tegas dalam isu tatakelola, rasuah dan salah guna kuasa.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan