Wednesday, July 22, 2026

KPM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 di Jerman.

KPM menerusi kenyataan berkata, ia selepas kementerian mengambil kira sikap serta sokongan terbuka pihak penganjur terhadap Israel.

“Justeru, KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. 

“Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” kata kenyataan itu.

KPM berkata, keputusan yang diambil itu selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin.

Pesta buku itu dijadualkan akan berlangsung di Frankfurt, Jerman. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan