27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Perintah berkurung di timur Sabah kini dikenali PKP Esszone

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERINTAH berkurung di kawasan perairan Sabah No. 220 yang akan berakhir esok akan dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi kenyataan berkata, PKP Esszone Sabah No.1 akan berkuatkuasa pada pukul 6 petang, esok.

Katanya, perintahan kawalan pergerakan tersebut akan melibatkan perairan yang sama kecuali Tawau kerana statistik menunjukkan tahap ancaman yang rendah serta kawalan keselamatan di perairan itu yang memuaskan.

“Perintah kawalan pergerakan ini diperlukan bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh/diancam dan pelaksanannya akan menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah di kawasan Esszone.

Advertisements

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan tahap keselamatan di Sabah kekal terkawal dan akan memastikan segala langkah diambil bagi membanteras sebarang insiden jenayah rentas sempadan, penculikan atau penyeludupan,” katanya hari ini.

Perintah berkurung mula dilaksanakan di kawasan perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan bermula 16 April 2014 bagi menangani masalah pencerobohan dan mengekang ancaman pengganas Sulu serta penculikan.

Mengambil kira keperluan keselamatan, perintah berkurung itu diperluaskan ke perairan Tawau, Kinabatangan dan Beluran.

“Setelah penilaian keselamatan terkini dibuat, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bersetuju menamakan semula perintah berkurung kepada ESSZone Sabah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan