25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sultan Ibrahim kurnia beras bantu golongan miskin di Johor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 10,000 kampit beras kepada golongan miskin di 10 daerah di Johor termasuk anggota polis dan tentera.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat, amat memahami beban dihadapi golongan miskin yang berdepan dengan kekurangan serta kenaikan harga beras.

Titah Sultan Johor, Baginda sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta amat sedih apabila membaca keluh-kesah dibangkitkan rakyat susulan kenaikan bahan makanan itu.

“Saya mendengar dan memahami keresahan dirasai seluruh Bangsa Johor mengenai kekurangan dan kenaikan harga barangan asas seperti beras dan lain-lain lagi.

“Saya juga memahami beban dihadapi golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah dalam menyara keluarga masing-masing.

“Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) akan menyampaikan 10,000 paket beras percuma seberat 10kg kepada golongan memerlukan yang dikenalpasti penerimanya,” titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO) menerusi Facebook hari ini.

Advertisements
Sebanyak 10,000 kampit beras diagihkan ke 10 daerah di Johor bagi meringankan beban golongan miskin di negeri ini. – Edisi9/Sultan Ibrahim

Majlis pengurniaan sumbangan beras YSIJ disempurnakan Sultan Ibrahim di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Baginda mengurniakan 10,000 paket beras kepada golongan memerlukan di 10 daerah termasuk penerima di Polis Kontinjen Johor dan Markas 7 Briged.

Selain itu, turut diagihkan sebanyak 580 di Johor Bahru, Muar (340), Batu Pahat (432), Segamat (305), Kluang (71), Pontian (264), Kota Tinggi (477), Mersing (149), Tangkak (141) dan Kulai (251).

Polis Kontinjen Johor menerima 3,990 beg beras manakala Markas 7 Briged sebanyak 3,000 paket melibatkan kategori lain-lain pangkat.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani; Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd. Anizam Jamian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan