30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Terpaksa buka aib, betis saya macam budak sekolah – Ustaz Kazim

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDAKWAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim sekali lagi tampil secara siaran langsung di rancangan Meletop di Astro Ria, malam ini bagi memperjelaskan mengenai sakit yang dideritainya sejak bertahun-tahun lamanya.

Ustaz Kazim menjelaskan hantaran di Facebook rasminya 18 Mei lalu bukanlah berniat untuk “marketing”, namun, lebih kepada memohon bantuan orang ramai untuk membantunya keluar dari kemelut sakit dipercayai terkena sihir.

“Betis saya ni macam betis budak sekolah. Peha saya ni macam peha budak sekolah. Saya tak boleh tunjuk dekat orang (sebelum ini)… takut orang lari. Bila kata saya marketing (kongsi di Facebook gambar tangan ditumbuhi ketulan kecil warna hitam)… buka aib saya.

“Buat apa saya buka aib, nanti kata jangan jemput Ustaz Kazim nanti berjangkit dengan engkau.
Selama ni saya nak kua dari rumah terpaksa solek yang tebal.

“Sebelum orang pakai face mask, saya dah pakai face mask. Serban saya tutup nampak mata ja.
Kadang-kadang, saya tak nak jumpa orang,” kongsinya dalam rancangan yang dipengacarakan oleh Nabil dan Kak Lina Pom Pom.

Baca juga:   Rayuan BKM dibuka mulai Isnin ini

Ujar Kazim lagi, dia sudah melakukan pelbagai usaha dalam menyembuhkan penyakit yang dialaminya itu termasuk berjumpa dengan sembilan pakar perubatan dan juga pengamal perubatan alternatif.

Malah menurutnya, dia juga sudah lebih lima kali menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) bagi mengesan penyakit yang dialaminya itu.

Baca juga:   PRU-15 penggal terakhir Muhyiddin dalam politik

“Namun saya diberitahu penyakit saya ini adalah penyakit biasa yang dialami oleh orang tua.

“Jadi sebab tu saya kata tolonh bantu… saya dah guna pelbagai usaha. Saya tak perlu simpati sebab simpati awak tak boleh sembuhkan saya. Saya kongsi untuk cari orang yang benar-benar boleh bantu atau sekurang-kurangnya mendoakan saya,” ujarnya.

Terbaharu menurut Ustaz Kazim, teliga kirinya membengkak.

“Tak ada mata, tak ada bisul. Pengamal perubatan kata tak ada apa itu normal.

Malah Ustaz Kazim turut berkongsikan pengalamannya tidak boleh membuang air kecil kira-kira hampir sebulan.

“Terpaksa tebuk… Orang tak tahu sebab saya pakai jubah semasa mengajar. Saya tak nak mengalah, benda ni nak jadikan saya tak keluar berdakwah.

Menurutnya, bila menjalani rawatan, doktor menyatakan terdapat satu benda putih yang tersangkut dan perlu dikeluarkan melalui saluran kencing.

“Kena buat pembedahan untuk keluarkannya. Selepas dua hari doktor Kata mereka cuba cari, namun benda putih itu semakin lari ke atas.

Ketika ditanya mengenai amalannya untuk terus bertahan melawan sakit yang masih belum bertemu ubatnya itu, Ustaz Kazim menyatakan amalannya setiap kali selepas solat iaitu membaca ayat kursi dan surah Hud, ayat 56.

“Di samping itu, amalan-amalan mandian saya,” kongsinya yang turut menyatakan ada menyimpan jarum yang keluar semasa proses berkenaan.

Baca juga:   8,395 mangsa banjir di Selangor masih belum terima bantuan

Menurutnya, dia tetap tidak akan patah semangat dalam meneruskan dakwah.

Baca juga:   Berhenti salahkan kerajaan, kita perlu bantu kita - NGO

“Cita-cita saya mati dalam dakwah. Saya reda sakit ini, janji saya mati dalam dakwah,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Fasa pertama pemasangan lokar sekolah selesai hujung bulan ini

FASA pertama pemasangan lokar sekolah dijadual akan dapat diselesaikan hujung bulan ini. Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata, ada lima...

Lagi Artikel Berkaitan