32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Polis Sandakan kesan kumpulan pelajar bergaduh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini mengesan kumpulan remaja dipercayai pelajar sekolah yang bergaduh seperti dalam video tular di media sosial Facebook sejak petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya mengesan video pergaduhan terbabit berlaku kira-kira pukul 2 petang hari ini.

“Video berkenaan menunjukkan pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah. Siasatan awal pihaknya mendapati pergaduhan berkenaan berlaku di Jalan Elopura, bandar Sandakan.

“Punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan kita sedang mengenalpasti semua pelajar sekolah yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ujar Abd Fuad lagi, polis kini sudah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Malah orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Micheal Goh di talian 016-8741216 atau 089203223.

Baca juga:   252,730 pengembara direkodkan, sejak pembukaan sempadan

Terdahulu tular di media sosial Facebook yang dikongsikan oleh page Buletin Kota Belud video berdurasi 21 saat membabitkan kes bergaduh budak sekolah.

Lebih 10 remaja berpakaian sekolah dilihat di dalam paparan video berkenaan dan terdapat juga orang awam yang cuba menenangkan keadaan berkenaan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan