SERAMAI 2,772 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima Bantuan Graduan Rindu Sabah atau SubsidiTiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS/SUBFLY) yang disalurkan secara tunai bagi tahun 2026.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi (IPT), khususnya di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata, bantuan subsidi tiket penerbangan itu diwujudkan sebagai sokongan kepada pelajar yang berjauhan dengan keluarga serta berdepan cabaran kos perjalanan untuk pulang ke kampung halaman.
“Inisiatif ini adalah tanda keprihatinan kerajaan terhadap anak-anak Sabah yang berusaha menimba ilmu demi masa depan diri, keluarga dan negeri tercinta.
“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar untuk balik kekampung halaman masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah atau Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS/SUBFLY) Tahun 2026 di kampus UPSI, Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.
Hadir sama Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.
Hajiji berkata, Kerajaan Negeri terus memberi penekanan serius terhadap pembangunan modal insan melalui pelbagai inisiatif pendidikan.
Beliau berkata, ini selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 dan keutamaan sektor pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Sementara itu Md Amin menzahirkan penghargaan terhadap Kerajaan Negeri Sabah atas pelaksanaan inisiatif berkenaan yang memberimanfaat besar kepada mahasiswa universiti itu.
“UPSI amat menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah yang sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan mahasiswa Sabah, khususnya dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar yang menuntut di Semenanjung Makaysia.
Beliau berkata, daripada keseluruhan 24,170 mahasiswaUPSI ketika ini, seramai 15,532 orang atau 64.3 peratus terdiri daripada golongan B40.
Katanya, ini sekali gus menggambarkan kepentingan bantuan kewangan dan kebajikan kepada pelajar.
Beliau berkata, komuniti mahasiswa Sabah di UPSI kekal signifikan dengan jumlah 2,772 pelajar, manakala universiti itu turut diperkuatkan dengan kehadiran 30 kakitangan berasal dari Sabah, melibatkan 25 kakitangan akademik dan lima kakitangan pentadbiran.
“Taburan pelajar Sabah di UPSI menunjukkan penyertaanmenyeluruh dari pelbagai daerah di Sabah, dengan Sandakan, Tawau dan Keningau antara daerah yang mencatatkanbilangan mahasiswa tertinggi.
Beliau berkata, penubuhan Jabatan Bahasa Etnik di Fakulti Bahasa dan Komunikasi pada 2024 turut memperluas usaha pemerkasaan bahasa dan warisan etnik menerusi penawaran Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Etnik) dengan Kepujian.
Dalam pada itu, beliau berkata, Program Anak Kita yang dilaksanakan UPSI di Sabah melibatkan 1,883 murid dari 24 daerah dan 49 sekolah menengah, sekali gus mencerminkan sumbamgan universiti kepada pembangunan pendidikan di negeri itu.
“UPSI juga komited dalam memperkukuh pendidikan berkaitan Sabah, termasuk penawaran program Pendidikan Bahasa Kadazandusun di pelbagai peringkat pengajian,” katanya.

