Sunday, July 19, 2026

TVET MARA teroka laluan ke Australia – Asyraf Wajdi

Mesti Baca

PARA pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal menikmati peluang lebih luas untuk melanjutkan pengajian dan latihan kemahiran di Australia menerusi kerjasama strategik baharu antara kedua-dua pihak.

Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, hasil pertemuan delegasi MARA bersama Menteri Kemahiran dan Latihan Australia, Andrew Giles serta Timbalan Menteri Pendidikan Antarabangsa Australia, Julian Hill di Melbourne, membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan dua hala berteraskan pendidikan tinggi dan TVET.

Menurut beliau, antara fokus utama perbincangan adalah memperkenalkan model program berkembar seperti 2+2 dan 3+1, iaitu pelajar memulakan pengajian di institusi tempatan sebelum menyambung ke universiti atau institusi Technical and Further Education (TAFE) di Australia.

“Pendekatan ini bukan sahaja lebih kos efektif, malah memberi ruang kepada lebih ramai pelajar tajaan MARA menimba pengalaman antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini:

Tambah beliau, MARA turut mencadangkan pembinaan laluan artikulasi yang lebih tersusun antara sijil dan diploma TVET Malaysia dengan kelayakan TAFE Australia bagi memudahkan pengiktirafan serta mobiliti pelajar.

Menurutnya, cadangan turut merangkumi peluang visa jangka pendek antara tiga hingga 12 bulan bagi membolehkan pelajar menjalani latihan industri serta program pendedahan kemahiran di Australia.

“Usaha ini amat penting bagi memastikan graduan TVET kita bukan sahaja mahir secara teknikal, malah mempunyai nilai tambah global serta kefahaman terhadap ekosistem industri negara maju.

“Insya-Allah dengan kerjasama ini akan meneruskan lembaran kerjasama baharu MARA-Australia untuk mengangkat martabat TVET, membuka peluang lebih luas kepada anak-anak MARA dan memastikan mereka mampu bersaing di peringkat antaabangsa. — Edisi 9

Terkini

Layan ‘final’ Piala Dunia dan Semarak Subuh bersama TPM

PASUKAN mana pilihan anda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026, awal pagi ini? Sepanyol atau Argentina? Para peminat bola sepak,...

Lagi Artikel Berkaitan