27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KKM belum terima kes kanak-kanak tular dijangkiti Monkeypox

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum menerima sebarang notifikasi berkenaan kes individu di negera ini yang dijangkiti virus monkeypox sehingga pukul 5 petang tadi.

KKM dalam satu hantaran di Facebook berkata,
kes berkenaan adalah membabitkan kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox seperti dalam mesej beserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.

“Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan,” katanya.

Hari ini, tular tangkap layar memaparkan dakwaan yang mengatakan penyakit itu telah merebak ke Malaysia.

“Dia anak buah kawan mak saya. Dia kena monkeypox. Monkeypox dah masuk Malaysia. Jadi hati-hati bawa anak-anak keluar.

“Tolong balik rumah terus mandi. Jaga diri anda dan anak-anak. Tak habis dengan HFMD (penyakit kaki, tangan dan mulut). Sekarang monkeypox pula.

“Lepas tu berita tak keluarkan pun. Dasar Malaysia betul. Nanti kes dah beratus baru nak masuk berita,” kongsi individu itu.

Hantaran itu turut disertakan dengan foto seorang kanak-kanak yang mengalami simptom persis penyakit cacar monyet pada bahagian tangannya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan