24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Trafik antarabangsa lapangan terbang MAHB meningkat 53 peratus

Secara keseluruhannya, lapangan terbang itu merekodkan sejumlah 642,128 pergerakan penumpang antarabangsa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TRAFIK Antarbangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan milik Malaysia Airlines Holdings Berhad (MAHB) meningkat 53 peratus kepada 642,128 penumpang selepas pembukaan semula sempadan pada 1 April lalu.

Sejak itu, kumpulan telah merekodkan purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan jumlah memuncak melebihi 30,000 sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang panjang.

Keseluruhannya, lapangan terbang itu merekodkan sejumlah 642,128 pergerakan penumpang antarabangsa dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Penang (PEN) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) menunjukkan peningkatan paling ketara masing-masing melebihi 200 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Kumpulan turut merekodkan 2.78 juta penumpang untuk Malaysia pada April dengan pergerakan penumpang domestik berjumlah 2.13 atau 77 peratus.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, memandangkan lapangan terbang terus melihat pertumbuhan yang baik selepas pembukaan semula sempadan, syarikat penerbangan juga mengambil momentum dengan menyambung semula laluan penerbangan antarabangsa mereka secara aktif.

“Ini menambah keyakinan kami untuk pemulihan yang lebih cepat. Kami juga gembira kerana Tioman STOLport (TOD) telah beroperasi semula pada bulan ini untuk memberi perkhidmatan kepada laluan penerbangan SKS Airways’ (KI) Subang (SZB) -TOD.

Baca juga:   KLIA, LGK kekal lapangan terbang terbaik dunia

“KI pada masa ini adalah satu-satunya syarikat penerbangan dengan perkhidmatan berjadual yang membuat penerbangan di laluan ini empat kali seminggu.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan rakan kongsi kami untuk mempercepatkan kadar pemulihan untuk kedua-dua sektor domestik dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga:   Guru hadapi 32 pertuduhan seks luar tabii, amang seksual

Lima syarikat penerbangan menyambung semula 17 laluan antarabangsa bulan lepas termasuk Vietjet Air (VJ), Scoot (TR), AirAsia (AK), Thai AirAsia (FD) dan AirAsia X (D7).

VJ mengendalikan laluan Hoi Chi Minh City (SGN) – Kuala Lumpur (KUL) dengan perkhidmatan empat kali seminggu dan merupakan syarikat penerbangan keempat mengendalikan laluan itu.

TR menyambung semula perkhidmatan penerbangan hariannya untuk laluan BKI – Singapura (SIN).

Sementara itu, kumpulan syarikat penerbangan AirAsia iaitu AK, FD dan D7 meneruskan laluan BKI – SIN, KUL – Hanoi (HAN), LGK – SIN, Ipoh (IPH) – SIN, Hatyai (HDY) – KUL, Don Mueng (DMK) – PEN, KUL – Incheon (ICN), KUL – New Delhi (DEL), KUL – SGN, KUL – Bengaluru (BLR), KUL – Kolkata (CCU), KUL – Kochi (COK), KUL – Chennai (MMA), KUL – Tiruchirappalli (TRZ) and KUL – Siem Reap (REP).

Bagi April, kumpulan merekodkan sejumlah 4.90 juta pergerakan penumpang bagi kedua-dua operasi Malaysia dan Turki, penurunan sedikit sebanyak 7.9 peratus berbanding Mac.

Penurunan pergerakan penumpang disebabkan bulan Ramadan pada April yang merupakan yang menyaksikan permintaan yang lebih rendah untuk perjalanan tempatan global.

Baca juga:   Iringi anak MP: Anggota trafik buat tanpa arahan rasmi

Daripada jumlah pergerakan trafik penumpang sebanyak 4.89 juta, lapangan terbang tempatan di Malaysia menyumbang 57 peratus.

Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW) di Turki mencatatkan sejumlah 2.13 juta penumpang yang masing-masing terdiri daripada 1.05 juta penumpang antarabangsa dan 1.08 juta penumpang domestik. – Edisi 9

Baca juga:   Tiada monopoli ujian saringan di lapangan terbang - MAHB

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan