31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Banjir Johor: Mangsa di 4 daerah masih berlindung di PPS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SENARIO banjir di Johor kini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang masih menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan berdasarkan data sehingga pukul 8 pagi tadi.

Seramai 38,587 mangsa daripada 10,747 keluarga ditempatkan di 123 (PPS), berbanding 39,677 di 125 PPS, pada pukul 8 malam tadi.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani, empat daerah masih terjejas dengan Batu Pahat menempatkan paling ramai mangsa, iaitu 37,827 orang.

“Ini diikuti daerah Muar dengan 504 mangsa, Segamat (193) dan Tangkak (63). Daerah lain yang sebelum ini terjejas telah pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini.

Tiada sungai yang diletakkan di bawah kategori paras air berbahaya, sekali gus menunjukkan trend pemulihan positif.

Kini hanya tujuh laluan dan susur masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, antaranya Jalan Parit Haji Ali, Jalan Parit Jambi, Jalan Yong Peng-Muar, Jalan Lingkaran Kahang Barat serta Jalan GSA Chamek.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan