25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Polis siasat Muhyiddin susulan dakwaan fitnah terhadap PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan itu susulan laporan polis dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 4.11 petang semalam oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

“Ia berhubung satu video tular di media sosial berkaitan sidang media oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati video berdurasi 11 minit 11 saat itu dikatakan mempunyai unsur fitnah terhadap pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara (Anwar),” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi. 

Advertisements

Ujar A. Asmadi lagi, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan terhadap Muhyiddin.

Laporan polis dibuat berhubung kenyataan Muhyiddin yang mendakwa kes mahkamah terhadapnya ada campur tangan politik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan