25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Mangsa ribut di Sepang ditempatkan di PPS

Mesti Baca

SEBUAH pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Meranti, Putra Perdana, Dengkil malam tadi bagi menempatkan mangsa kejadian ribut.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, PPS yang dibuka pada 10 malam itu menempatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga.

“Keluarga itu ditempatkan di PPS itu selepas bumbung rumah mereka di Pangsapuri Angsana, Bukit Puchong 2, tercabut diterbangkan angin akibat kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan jumlah rumah yang rosak akibat ribut itu.

Terdahulu, media melaporkan lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Pangsapuri Angsana Bukit Puchong 2, terjejas akibat ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira 4.30 petang itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan