28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

RM100,000 untuk atasi masalah air MRSM Kota Kinabalu

Turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM320,000 bagi penyelenggaraan baik pulih, penggantian perkakasan, perabot dan lain-lain

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membina dua unit tangki air dengan segera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tangki air berkenaan boleh menampung sehingga 10,000 gelen air sekaligus mengatasi masalah air yang dihadapi warga MRSM itu sejak sekian lama.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya menerima banyak maklum balas daripada ibu bapa mengenai kondisi MRSM yang sudah berusia 21 tahun itu.

“Antara isu utama yang dibangkitkan ialah masalah air. Malah ada pelajar yang saya temui sendiri di bilik-bilik asrama mereka mengesahkan sekurang-kurangnya sebulan satu atau dua kali mereka akan berhadapan dengan masalah air.

Advertisements

“Insya-Allah, saya telah mengumumkan kelulusan peruntukan RM100,000 yang dipohon untuk membina dua unit tangki yang boleh menampung sehingga 10,000 gelen air untuk segera dibina,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM320,000 bagi penyelenggaraan baik pulih, penggantian perkakasan, perabot, kelengkapan pembelajaran di asrama dan bangunan akademik serta pemasangan pendingin hawa di Pusat Sokongan Ibu Bapa (PSIB) dan bilik darjah.

“Umumnya kondisi maktab dan asrama (MRSM Kota Kinabalu) adalah baik bahkan komen salah seorang pelajar perempuan daripada Tamparuli yang saya temui, ‘Best hidup di MRSM ini sebab tempat belajarnya baik, guru-guru memang best!”.

“Ada yang bila saya pura-pura kata nak tukar operator Dewan Selera kalau makanan yang disediakan tak berkualiti dan tak sedap, cepat-cepat mereka ramai-ramai kata, ‘Jangan tuan, makanan sini sedap dan menyelerakan!,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan