25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Aidilfitri: Cuepacs cadang gaji dibayar 14 April

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.

“Cuepacs yakin bahawa kerajaan mampu melaksanakan perkara tersebut kerana ia tidak melibatkan proses yang sukar selain dapat memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan sendiri.

“Cuepacs juga menyeru agar majikan di peringkat swasta turut berbuat demikian sebagai salah satu usaha menjaga kebajikan warga pekerja,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata, Cuepacs juga berharap pembayaran gaji awal itu turut melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang dijadualkan dibayar pada tarikh penerimaan gaji iaitu 17 April ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, akan mempertimbang supaya pembayaran gaji penjawat awam pada bulan April dapat diawalkan, sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.

Adnan berkata, Cuepacs menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap perkara itu kerana inisiatif bayaran gaji awal dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam.

“Khususnya bagi mereka yang pulang ke kampung, mereka boleh membuat pembelian lebih awal berbanding saat-saat akhir pada minggu terakhir Ramadan,”katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan