27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUSAT Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula esok hingga 20 April sebagai langkah memastikan keselamatan pemanduan pada Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohammed Shukor Ismail berkata, pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan Puspakom di seluruh negara kecuali Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (Kuala Lumpur) dan Pasir Gudang (Johor) dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Unit Pemeriksaan Bergerak juga ditawarkan bagi pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih yang disenaraikan dalam laman web www.puspakom.com.my atau Facebook Puspakom Sdn Bhd,” katanya hari ini.

Advertisements

Menurut Mohammed Shukor pemeriksaan secara sukarela itu tertumpu kepada aspek keselamatan termasuk pemeriksaan brek, pelincir sisi, tayar, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan serta cermin gelap.

“Kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan komputer, yang seterusnya maklumat ini mereka boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan