27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Cuaca buruk di dua negeri petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di negeri Selangor dan Johor diberi amaran hujan lebat dan ribut petir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca yang tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di dua negeri terbabit sehingga pukul 5 petang ini.

“Di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir di Klang dan Petaling.

Advertisements

“Antara kawasan yang terjejas di Johor pula ialah di Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya di sini tadi.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan