31.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Frank Bernhardt Ketua Jurulatih baharu Kelantan FC

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

FRANK Bernhardt dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan FC yang baharu bagi menggantikan Choi Moon-sik.

Perkara itu diumumkan di laman media sosial Facebook pasukan itu pada Ahad.

“Frank Bernhardt sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih TRW Kelantan FC yang baharu.

“Beliau yang sebelum ini diberi peranan sebagai Pengarah Teknikal mempunyai pengalaman sebagai ketua jurulatih bersama Skuad U23 Malaysia dan UiTM FC. 

Advertisements

“Semoga perlantikan ini dapat memacu dan membantu TRW Kelantan FC ke arah lebih baik,” katanya.

Sebelum ini,  terdapat konflik antara pengurusan Kelantan FC dengan ejen Choi Moon Sik yang membuat beberapa tuduhan kepada kelab tersebut.

Choi Moon Sik direhatkan sementara di mana jawatannya diambil alih Reza Zambery Yahaya secara interim.

Untuk rekod, Bernhardt pernah membimbing UiTM FC yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Imigresen serbu ‘kawasan panas’, tahan 17 pendatang asing

SEBANYAK 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam satu operasi di 'kawasan...

Lagi Artikel Berkaitan