31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Piala Cabaran: Kelantan United aibkan Kelantan 7-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELANTAN United tanpa ihsan mengaibkan pasukan ‘abang’, Kelantan FC, 7-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Turun selaku tuan rumah, Kelantan United tidak menunggu apabila berada di depan seawal minit kesembilan hasil jaringan pemain pertahanan, Dominic Balic.

Ismaheel Akinade menggandakan jaringan pada minit ke-20 apabila menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil pemain veteran, Indra Putra Mahyuddin.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Kelantan terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila penjaga gol, Muhammad Irfan Haikal Mohd. Iffendi dibuang padang pada minit ke-56 kerana menjatuhkan Akinade yang berada kedudukan terbaik menjaringkan gol ketiga tuan rumah.

Advertisements

Kelebihan itu digunakan sebaik mungkin Kelantan United apabila menjadikan kedudukan 3-0 pada minti ke-59 menerusi sepakan percuma Indra Putra.

Pemain sayap yang dipinjam daripada Terengganu FC, Muhammad Faiz Nasir meledak gol keempat pada minit ke-74 sebelum S. Sharvin menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-79.

Royyizat Daud melengkapkan kemenangan bergaya Kelantan United apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk memastikan pasukannya memiliki kelebihan besar pada aksi timbal balik pada 4 Oktober depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan