26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Dua nelayan ditahan guna bot pukat rawa sorong

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot pukat rawa sorong ditahan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau di sekitar Pulau Sangga Besar pada pukul 9.50 malam kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, pasukan bot peronda Maritim Malaysia di atur gerak ke lokasi tangkapan sejurus menerima aduan awam.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan dua nelayan tempatan termasuk tekong berumur 49 dan 55 tahun berada di bot tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan tidak memiliki lesen yang sah dan disyaki menggunakan pukat rawa sorong sebagai peralatan untuk menangkap ikan.

Advertisements

“Kedua-dua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana mengoperasikan vesel penangkapan ikan tanpa lesen yang sah dan Seksyen 11(3)(b) akta yang sama iaitu memiliki peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan.

Mohd. Najhan berkata, Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan ekosistem maritim.

“Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, boleh dilaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-727 9919 atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan