Saturday, June 13, 2026

Kaki kanan kanak-kanak lelaki tersangkut dalam lubang tandas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CEMAS… Itulah perasaan yang dialami seorang kanak-kanak lelaki apabila kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas.

Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun itu juga terpaksa menanggung derita kira-kira sejam dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di sebuah apartmen di Balakong, Cheras malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian terbabit pada jam 8.36 malam.

Kaki kanan kanak-kanak lelaki tersangkut dalam lubang tandas dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di sebuah apartmen di Balakong.

“Sebuah jentera dengan kekuatan lima pegawai dan anggota terus bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Sebaik tiba, bomba mendapati kejadian membabitkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas.

“Kerja mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit dilakukan oleh anggota dan dikeluarkan pada 9.11 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan