33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Universiti Tsinghua setuju kukuh kerjasama dengan Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Tsinghua dari Beijing, China bersetuju memperkukuh kerjasama dengan Malaysia membabitkan pertukaran pelajar, ahli akademik dan pengkaji selain meluluk peluang mengadakan kajian secara bersama.

Perkara itu antara intipati yang dipersetujui ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Tshinghua Universiti, dari Beijing, China, Wang Xiqin.

“Hari ini saya menerima kunjungan hormat Wang Xiqin, Presiden Universiti Tshinghua dari Beijing, China seraya diapit delegasinya dalam suasana penuh santai dan harmoni.

“Beberapa perkara dibangkitkan sewaktu diskusi kami dan antara yang dipersetujui adalah mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan universiti tersebut melibatkan pertukaran pelajar, ahli akademik, para pengkaji selain meluluk peluang mengadakan kajian secara bersama.

“Saya dimaklumkan, Universiti Tshinghua juga sedang merancang untuk mengadakan program bersempena ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun hadapan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap agar kerjasama tersebut dapat diperluaskan memandangan Universiti Tsinghua antara institusi pengajian tinggi yang terkenal di dunia.

“Universiti berkenan juga turut mendapat pengiktirafan antarabangsa berkaitan kajian akademik dan bidang pendidikan, khususnya melibatkan kejuruteraan, sains dan teknologi,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini, terdapat 350 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Tsinghua iaitu jumlah pelajar asing tertinggi di universiti tersebut. – Edisi 9

Terkini

Disyaki rogol wanita tempatan, sami warga asing ditahan

SEORANG sami warga asing ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, di sini,...

Lagi Artikel Berkaitan