27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Dr. Mahathir sangkal salah guna kuasa dakwa Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Muhammad menyangkal dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri ketika itu bagi mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya jelas Mahathir, kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram Timbalan Perdana Menteri itu diangkat Peguam Negara kerana ia menjadi isu panas semasa kempen pilihan raya.

Menurut Mahathir, Peguam Negara ketika itu telah membuat penyiasatan dan mendapati terdapat kes prima facie untuk mendakwa Ahmad Zahid dan mengarahkannya mempertahankan diri.

“Jika saya telah salah guna kuasa dan mengarah pendakwa untuk tekan Ahmad Zahid, kenapa tidak seorang pun menteri Kabinet atau pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Anwar mempersoal beliau dihadapkan ke mahkamah.

“Mungkin mereka lupa, mereka menyokong proses undang-undang yang dilakukan terhadap Ahmad Zahid kerana itu adalah mengikut Rule of Law serta bukti Kerajaan PH berjuang melawan rasuah,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dalam satu temu ramah bersama Bloomberg News baru-baru ini menyatakan bahawa keputusan menarik balik 47 kes rasuah terhadap Ahmad Zahid adalah sepenuhnya keputusan Peguam Negara.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, kesangsian terhadap kes-kes yang dilakukan Ahmad Zahid hanya timbul setelah Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri dengan sokongan Ahmad Zahid.

“Yang jelas, kes-kes terhadap Zahid gugur dengan Perdana Menteri sekarang,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Stadium Shah Alam diroboh selewatnya November – Amirudin

STADIUM ikonik di Selangor, Stadium Shah Alam dijadual akan dirobohkan pada akhir tahun ini, selewat-lewatnya awal November depan. Menteri Besar...

Lagi Artikel Berkaitan