27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Motosikal penghantar disita, Fahmi panggil Foodpanda, Grab

Minta penjelasan bagaimana penghantar makanan boleh bekerja tanpa lesen dan insuran motosikal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat p-hailing, Foodpanda dan Grab semalam bagi mendapat pencerahan berhubung insiden motosikal penghantar makanan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Fahmi berkata, beliau menuntut penjelasan daripada syarikat tersebut untuk mengetahui bagaimana seseorang penghantar makanan boleh bekerja tanpa mengikut syarat yang sah.

“Kita semua tahu kes motosikal seorang penghantar makanan Foodpanda yang disita di Nilai baru-baru ini akibat lesen tamat tempoh dan motosikal tiada insuran.

“Saya telah bertemu pihak Foodpanda, Grab serta wakil JPJ, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk faham bagaimana mereka boleh bekerja tanpa lesen atau insuran motosikal yang sah, hingga berlaku insiden tersebut,” katanya.

Menurut Fahmi, secara keseluruhan, terdapat hampir 200,000 penunggang pelbagai platform di seluruh negara.

Advertisements

Katanya, pihak JPJ memaklumkan bahawa daripada 1,242 kemalangan jalan raya sehingga Mei tahun lalu menyaksikan sebanyak 112 orang penunggang p-hailing meninggal dunia.

“Oleh itu, aspek keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang amat penting. Insya-Allah, KKD melalui MDEC akan terus bersama sektor p-hailing dan ekonomi gig, dalam usaha memajukan ekonomi digital di Malaysia.

“Terima kasih kepada Grab dan Foodpanda atas kesudian bertemu, serta saya alu-alukan semangat mereka untuk usahakan beberapa penyelesaian.

“Ini termasuk notifikasi peringatan lesen tamat tempoh – agar penunggang dapat melakukan kerja dengan lebih selamat,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan