30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

Polis siasat video tular didakwa fitnah Ebit Lew

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan daripada pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada pukul 2.17 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya, Mohd. Fairus Jaafar berkata, ini susulan daripada penularan video berkenaan wawancara seorang wanita bernama Mondy yang didakwa memfitnahnya.

Jelas Mohd. Fairus, hasil siasatan mendapati video tersebut telah mendapat 225,177 tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.

“Pengadu mendakwa dirinya telah difitnah oleh Mondy. Video yang dimaksudkan telah dimuat naik di media sosial beberapa hari yang lalu.

Advertisements

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang dakwaan seorang ibu tunggal yang berasal dari Indonesia, tentang perlakuan seorang penceramah bebas terhadap dirinya, dalam program podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular di media-media sosial.

“Sekiranya didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kepimpinan, pengalaman Siti Fadilah mampu perkasa IRM

KEPIMPINAN dan pengalaman yang dimiliki oleh Siti Fadilah Mohd Hood diyakini mampu memperkasa Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mencapai...

Lagi Artikel Berkaitan