24.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Sembunyi adendum: Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ

Mesti Baca

GARA-GARA menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bersekongkol menyembunyikan Titath Adendum untuk Datuk Seri Najib Razak, Khairy Jamaluddin berdepan siasatan polis.

Ini berikutan satu laporan dibuat Setiausaha Politik Azalina, Datuk Suraya Yaakob terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau itu di Balai Polis Sentul, petang semalam.

Menurut Suraya, kenyataan yang dibuat bekas Ketua Pemuda UMNO sepertimana dilaporkan oleh sebuah media tempatan adalah tidak benar dan memburukkan imej Azalina selaku Menteri Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi.

“Perkara ini juga mengelirukan rakyat dan menimbulkan menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara.

“Malah penggunaan perkataan ‘complicit’ adalah keterlaluan kerana ia membawa maksud terlibat atau dikaitkan dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang mahupun tidak beretika,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Khairy itu turut membayangkan secara sedar telah membantu, menyokong atau membenarkan perbuatan menyalahi undang-undang tersebut berlaku.

Advertisements

“Tambahan lagi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dalam kenyataan pada 10 Januari 2025 turut mengesahkan bahawa Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) bukan ahli Lembaga Pengampunan mahupun terlibat dengan apa-apa urusan pentadbiran atau pengurusannya termasuk apa-apa perkara lain berkaitan pengampunan mana-mana banduan.

“Titah Adendum hanya merupakan khabar angin (hearsay) kerana pembuat dokumen tidak membuat sebarang kenyataan sehinggalah Istana Pahang mengeluarkan surat pengesahan bertarikh 4 Januari 2025,” katanya.

Suraya berkata, laporan itu dibuat untuk memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Khairy di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan (Akta 574) atas kesalahan fitnah jenayah terhadap menteri Kabinet.

Semalam, media melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa berlaku krisis kepercayaan terhadap bekas partinya UMNO susulan isu Titah Adendum yang melibatkan Najib.

Khairy menuduh Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan yang membenarkan Najib menghabiskan hukuman pemenjaraannya dengan menjalani tahanan di rumah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan