32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Liga Super: Perak belasah Kelantan 8-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERAK FC merekodkan kemenangan terbesar musim ini apabila membelasah Kelantan FC, 8-0, dalam aksi Liga Super di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.

Pemain import, Luka Milunovic menjadi duri daging buat The Red Warriors apabila meledak hatrik bagi membantu melonjakkan skuad Bos Gaurus ke tangga kesembilan liga.

Pesta Perak bermula pada minit ke-13 apabila Milunovic berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan kencang yang mengenai palang sebelum melantun masuk untuk gol pertama tuan rumah.

Skuad bimbingan Yusri Che Lah itu memperoleh gol kedua menerusi jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor susulan situasi bola muntah di depan gawang pada minit ke-17.

Milunovic melengkapkan hatrik apabila meledak dua lagi gol dalam tempoh lapan minit untuk menjadikan kedudukan 4-0 sebelum A. Shivan Pillay menambah gol kelima pada minit ke-36.

Advertisements

Babak kedua menyaksikan Perak terus mendominasi perlawanan dan meledak tiga lagi gol.

Pemain import dari Korea Selatan, Seo Seonung mencetak dua gol pada minit ke-49 dan 66 sebelum Luciano Guaycochea melengkapkan malam gemilang Perak menerusi gol kelapan.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United.

Skuad Harimau Selatan itu hanya berjaya membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-75 menerusi jaringan Bergson da Silva sebelum Fernando Forestieri mengesahkan kemenangan menerusi gol pada minit ke-90. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan