31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Lima perbankan sediakan dana RM2.67 bilion untuk industri halal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA institusi perbankan tempatan menyatakan komitmen mereka untuk menyediakan dana berjumlah RM2.67 bagi keperluan industri halal negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Lima institusi terbabit, menurut beliau, ialah SME Bank, Hong Leong Islamic Bank, Standard Chartered Saadiq Islamic Bank, Alliance Islamic Bank dan Bank Islam Malaysia.

Beliau berkata, komiten dan janji institusi perbankan itu bagi menyokong pertumbuhan industri halal tempatan dalam memperluas produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran antarabangsa.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri Hala Malaysia yakin potensi dan hala tuju industri halal negara mampu berkembang di peringkat antarabangsa.

Ini terbukti apabila produk dan perkhidmatan halal negara mempunyai permintaan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa bukan sahaja menyakini proses pensijilan halal negara tetapi yakin kawalan standard, komitmen dan kualiti yang tinggi ditawarkan oleh produk dan perkhidmatan dari Malaysia.

Advertisements

“Kini, apa yang kita cita-citakan selama ini kini bukan lagi mimpi, kenyataannya kita telah berjaya membuktikan kemampuan Malaysia dan membangun dasar dan merealisasikan visi halal negara.

“Ia juga sekaligus membuka potensi masa hadapan yang tidak hanya menjamin pulangan ekonomi yang besar kepada negara, tetapi juga telah memartabatkan Malaysia sebagai hub industri halal yang dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi media sosial selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) di United Kingdom, hari ini.

WHBC 2023 itu dianjurkan oleh Halal Development Corporation Berhad (HDC) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MITI) sebagai satu platform yang berperanan sebagai jaringan strategik bagi para pemain dalam industri halal.

Beliau berkata, persidangan itu juga menyediakan fasiliti jaringan perhubungan dan maklumat serta bertindak bagi membuka potensi perniagaan halal di peringkat antarabangsa.

Ahmad Zahid berkata, ia turut menciptakan peluang pasaran dalam sektor halal yang dilihat sebagai salah satu segmen perniagaan yang berkembang pantas ketika ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan