25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Fahmi akan pastikan tiada petugas media diberhentikan kerja

Mesti Baca

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil komited memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan petugas media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.

Fahmi berkata, beliau mempunyai ramai rakan dalam kalangan pengamal media terutama ketika menjadi kolumnis akhbar, justeru sesuatu yang sedih apabila melihat rakannya serta petugas media lain kehilangan kerja, terutama ketika pandemik Covid-19.

“Saya rasa bertuah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya menggalas tanggungjawab dan amanah ini yang membolehkan saya berkhidmat untuk membantu rakan-rakan saya. Tempoh pandemik Covid-19 menampakkan suatu senario yang amat mencabar.

“Mencabar bukan sahaja dalam sektor ekonomi tetapi juga kepada tuan puan semua. Banyak yang hilang kerja.

“Kami akan cuba yang terbaik supaya wartawan di masa saya tiada yang kena diberhenti, ” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kewartawanan Kinabalu, malam tadi.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, serta Presiden Sabah Journalist Association (SJA), Datuk Muguntan Vanar.

Fahmi berkata, dalam mendepani situasi itu libat urus bersama petugas media sebelum pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media di Parlimen dijangka Mac tahun depan penting supaya majlis itu antara lain mampu memainkan peranan menjaga kebajikan petugas media.

Advertisements

“Saya telah minta Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Ni Ching mengadakan beberapa siri pertemuan dengan petugas media selepas kita selesaikan beberapa perkara.

“Kami inginkan undang-undang yang lebih komprehensif sebelum melangkah ke hadapan,” katanya.

Fahmi berkata, beberapa tahun sebelum ini, perbelanjaan disalurkan ke media sosial terutamanya Google, Meta dan Tik Tok.

Justeru satu keadaan menang-menang mesti dicapai terutamanya dengan media sosial dan pertubuhan media.

“Ini adalah penting supaya kita boleh memiliki media yang mampan, untuk mendapatkan media yang mampan kita perlukan libat urus dan situasi menang-menang serta satu kemenangan dalam media yang beretika baik.

“Saya bercakap daripada dalam hati saya, kita mahu sebuah masa hadapan yang cerah untuk dunia kewartawanan dan tidak mahu lagi ada yang kehilangan kerja,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan