27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Dua maut kereta rempuh kenderaan tepi jalan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah kenderaan yang berada di tepi jalan dalam kejadian berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JP) Sri Gading di Jalan Kluang Batu Pahat, Johor, awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Shahrul Nizam Sadri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya melalui talian Mers999 sekitar 12.42 tengah malam.

Menurutnya, satu jentera EMRS dan tiga jentera RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dengan kekuatan keseluruhan seramai 12 anggota telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya ke lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kemalangan jalan raya berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic EG yang dipercayai telah terbabas dan melanggar sebuah kenderaan yang berada di tepi jalan.

“PKO juga mendapati dua mangsa berusia 19 dan 22 tahun tersepit dan seorang mangsa berusia 29 tahun lagi telah keluar sendiri sebelum PKO tiba di lokasi kejadian dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Seterusnya, PKO bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas road traffic accident (RTA) dan menyerahkannya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang berada di lokasi,” katanya.

Tambah Mohd Shahrul Nizam, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Advertisements

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan