Wednesday, July 22, 2026

Insiden tembakan di Thailand, empat terbunuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-kurangnya empat orang terbunuh dalam tembakan yang berlaku di bahagian selatan Thailand, lapor polis negara itu.

Pihak berkuasa kini sedang mencari pelaku insiden tembakan itu.

Polis memberitahu serangan bermula kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan) di daerah Khiri Rat Nikhom di wilayah Surat Thani iaitu kira-kira 600 kilometer (km) di selatan ibu negara Bangkok.

“Empat orang maut,” kata ketua polis tempatan Kriangkrai Kraikaew kepada AFP tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

Media negara melaporkan tembakan berlaku berhampiran rumah seorang bekas datuk bandar.

Untuk rekod, Oktober tahun lalu, Thailand digegarkan oleh tembakan oleh bekas sarjan polis yang membunuh 36 orang, termasuk 24 kanak-kanak, di Wilayah Nong Bua Lam Phu, timur laut Thailand.

Bulan lalu, tiga orang terbunuh dan tiga cedera dalam tembakan di wilayah Phetchaburi. – Agensi

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan