Thursday, July 23, 2026

Suspek kes tembakan di Setia Alam maut ditembak di Klang

Mesti Baca

SELEPAS 10 hari diburu akhirnya suspek kes tembak di pusat beli belah Setia Alam, Shah Alam kecundang di tangan anggota polis awal pagi ini.

Suspek yang berusia pertengahan 30-an maut dalam kejadian tembak menembak di sebuah hotel di Pulau Ketam, Klang pada pukul 3 pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Selangor ke atas hotel tersebut.

“Sewaktu serbuan tersebut, berlaku insiden tembak-menembak antara pasukan polis dan penjenayah di sebuah bilik hotel.

“Pasukan polis berjaya menembak mati seorang lelaki warganegara dalam lingkungan umur pertengahan 30-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata, dua pucuk pistol berisi peluru turut dirampas dari dalam bilik hotel berkenaan.

Beliau berkata, suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan tujuh kes samun dan satu kes berkaitan dadah.

“Kami percaya suspek merupakan orang yang bertanggungjawab dalam kejadian tembakan di pasar raya Setia Alam baru-baru ini,” katanya.

Dalam kejadian di pusat beli belah Setia Alam pada 8 Februari lalu, seorang pekerja pembersihan warga asing cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki.

Kejadian berlaku pada pukul 10 malam ketika pasar raya berkenaan hendap ditutup.

Suspek berjaya melarikan diri dengan merampas sebuah kereta di kawasan letak kereta sebelum meninggalkan mangsa di Lebuh Raya Kesas berhampiran Pandamaran. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan